Perhatian Kepada Seluruh Warga Selangor Yang Berusia 60 Tahun Dan Ke Atas, Sila Daftarkan Diri Di Pejabat ADUN Kawasan Anda. Para Waris Diharap Dapat Membantu Ibubapa Masing-masing Untuk Berbuat Demikian. 'MESRA USIA EMAS' Kebajikan Untuk Rakyat

ALBUM DUN LEMBAH JAYA

Wednesday, November 18, 2009

Selamat Menunaikan Haji YB Khasim

Semalam 18 Nov 2009 Rabu , ADUN Lembah Jaya YB Tuan Khasim telah bertolak ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Haji bersama isteri beliau Ust Rusni Abdullah.

Kita doakan beliau dan isteri selamat mengerjakan haji dan umrah dan selamat kembali dengan Haji Mabrur

Sunday, September 27, 2009

Berbuka puasa dan sumbangan kepada fakir miskin di Taman Kosas

30/08/2009 Masjid Taman Kosas Ampang. ADUN Lembah Jaya dengan kerjasama JKP MPAJ Zon 11 telah mengadakan Majlis berbuka puasa dan sumbangan ramadhan kepada fakir miskin, anak2 yatim dan ibu tunggal di Masjid Taman Kosas. Lebih daripada 500 orang telah hadir dalam majlis tersebut.
















Sumbangan Ramadhan kepada Surau2 dan Masjid2 di DUN Lembah Jaya
















31 Ogos 2009, Masjid Bukit Indah, Ampang. Satu majlis sumbangan ramadhan kepada surau2 dan masjid2 di DUN Lembah Jaya telah diadakan di Masjid Bukit Indah Ampang. YB Khasim yang juga ADUN Lembah Jaya telah memberikan sumbangan sebanyak RM1000 kepada surau-surau dan RM2000 kepada setiap masjid. Sebanyak 5 buah masjid dan 36 surau telah menerima sumbangan tersebut. Selepas itu beliau bersama-sama AJK masjid dan kariah Masjid Bukit Indah telah bersama-sama berbuka puasa, solat tarawih, witir dan mendengar tazkirah....mjd








Kunjungan Rumah Terbuka ADUN Teratai







27/09/2009 Ahad 1:30 petang. ADUN Lembah Jaya YB Khasim Abdul Aziz dengan ditemani oleh Haji Mat Jusoh Dollah(Setiausaha PAS Kawasan Ampang) telah berkunjung ke rumah terbuka ADUN Teratai di dewan MPAJ Cheras Baru. Sempat beramah mesra dengan pimpinan Pakatan Rakyat . Antaranya Lim Kit Siang, Saudara Lim Guan Eng, Ronnie Liu dan lain-lain





Monday, September 14, 2009

YB KHASIM ABD AZIZ ADUN LEMBAH JAYA JUMPE RAKYAT






















Friday, September 11, 2009

Ramadhan Bersama Rakyat - Tazkirah Ramadhan & Sambutan Konvoi Pimpinan PAS Selangor

Wednesday, August 19, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN BANTUAN KEPADA FAKIR MISKIN











Kg. Tasik Tambahan, Ampang - 20 ogos 2009 / 29 Syaaban 1430
Bertempat di Masjid Ubudiah Kg. Tasik Tambahan, Pusat Zakat Selangor telah berjaya menganjurkan Majlis Penyampaian Agihan Bantuan Fakir Miskin Sempena Ramadhan dan 'Aidilfitri tahun 2009 / 1430.Selain Pusat Zakat Selangor, ianya juga merupakan Program kerjasama Pihak Masjid Ubudiah, Parlimen Ampang, ADUN Lembah Jaya, JKKK serta ahli Jawatankuasa Masjid itu sendiri.Tidak lupa juga kepada Ustaz Musa selaku Pegawai PAID ( Pegawai Agama Islam Daerah ) yang telah memberikan tazkirah kepada hadirin yang hadir.
YB Khasim Abd Aziz mengambil kesempatan menyampaikan maklumat-maklumat penting mengenai kerajaan Negeri Selangor.Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin telah merasmikan majlis tersebut dengan memohon agar Allah SWT memberikan kita semua peluang menghayati bulan yang penuh keberkatan ini dengan sama-sama mendekatkan diri kepadaNya. Di anggarkan seramai 570 orang yang akan menerima bantuan kali ini.
Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga kita semua mendapat keredhoanNya.

SOAL Jawab Bersama P.A. Agama DUN Lembah Jaya / Borang Aduan

NAMA:
EMEL:
ALAMAT KEDIAMAN:
NO TEL:
SOALAN / ADUAN / PENDAPAT:

Ke Atas